fbpx

Pesawat Terhempas: Empat serpihan pesawat dijejaki BSKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota BSKU menjalankan pemeriksaan serpihan pesawat di Jalan Pusaka Kampung Tok Muda hari ini. -Foto MOHD. YUNUS YAKKUB

KLANG – Siasatan berhubung nahas pesawat sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar dimulakan pagi ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati terdapat empat lokasi serpihan pesawat tersebut di sekitar kampung tersebut.

Dua daripadanya daripadanya adalah Jalan Setia Jaya dan satu di Jalan Pusaka. Kedua lokasi ini menempatkan serpihan sayap pesawat tersebut termasuk roda selain kerangka badan utama di Jalan Benteng Kanan.

Dalam pada itu, pemerhatian turut mendapati anggota Biro Siasatan Kemalangan Trafik Udara (BSKU) hadir kira-kira pukul 9.15 pagi dalam melakukan pemeriksaan di salah satu kawasan serpihan tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI