fbpx

Pegawai tentera, pemilik syarikat direman 5 hari disyaki terlibat kartel perolehan projek TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA individu direman bagi membantu siasatan berhubung sindiket kartel perolehan melibatkan projek pembinaan di sebuah kem TLDM di Johor bernilai RM9 juta. -Foto BAAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan seorang pemilik syarikat direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket kartel perolehan melibatkan kerja pembinaan di sebuah Kem TLDM di sini dengan nilai RM9 juta.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek yang berusia 42 dan 55 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tangan bergari kira-kira pukul 9 pagi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek tersebut telah ditahan di Pejabat SPRM Johor pada pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Difahamkan, pembayaran penuh telah dibuat sedangkan pembinaan masih belum disiapkan dengan sempurna.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan kedua-dua suspek terbabit dan memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, pada 19 Januari lalu, tiga individu lain yang berusia antara 28 hingga 47 tahun turut ditahan reman bagi membantu siasatan kes sama.

Kesemua mereka dipercayai antara individu yang terlibat dengan sindiket kartel perolehan kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem TLDM berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI