fbpx

PDRM sedia kaji semula modul latihan rekrut baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (kiri) berucap ketika Majlis Penutupan Ujian Mara Lasak KDNKA PDRM 2024 di Markas Briged Utara, PGA Ulu Kinta, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia mengkaji semula modul latihan bagi merekrut pegawai dan anggota baharu susulan peningkatan isu integriti membabitkan warga pasukan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kajian secara terperinci dan menyeluruh bagaimanapun perlu dilakukan dalam usaha menambah baik modul sedia ada.

Katanya, setakat ini, setiap pengambilan pegawai dan anggota baharu melalui tapisan ketat termasuk aspek kesihatan dan keselamatan.

“Pengambilan sama ada konstabel, kadet sarjan atau inspektor ini ada prosedur yang ditetapkan. Selain perlu menjalani pemeriksaan fizikal dan kecergasan, mereka juga menduduki ujian SPiER (Sistem Pemprofilan Rekrutmen) yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri (KDN), temuduga bersemuka dan tapisan keselamatan.

“Tapisannya memang berlapis-lapis, malah modul latihan yang disediakan juga merangkumi modul keagamaan (muslim )dan moral (untuk bukan muslim).

“Jadi, untuk aspek pengambilan dan modul, saya rasa kalau hendak ubah pun, perlu kajian ketat,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam di Markas Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, di sini hari ini.

Razarudin berkata demikian ketika mengulas cadangan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) untuk menyemak semula modul latihan pasukan keselamatan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI