fbpx

Orang Asli hamil alami pendarahan naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juraini (baring) yang mengalami pendarahan ketika hamil tiba di pekarangan Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Gua Musang dengan menaiki helikopter EMARS, A109E semalam. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang wanita Orang Asli yang mengalami pendarahan ketika hamil dibawa menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk rawatan lanjut di Hospital Gua Musang di sini, semalam.

Pesakit, Juraini Alang, 34, yang mengandung enam bulan mengalami pendarahan dan kontraksi terpaksa diangkat menggunakan pengusung oleh anggota Unit Udara JBPM dengan dibantu penduduk kampung untuk dibawa menaiki helikopter.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Penolong Penguasa Bomba, Mohd. Rizzan Jefri berkata, pesakit dibawa keluar menggunakan helikopter Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS) Agusta 109 E (A109E) bersama seorang kakitangan kesihatan.

“Helikopter berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang pada pukul 2.50 petang dan tiba di Kampung Tapai, Pos Hau pada pukul 4.10 petang untuk melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Medevac).

“Pesakit dibawa menggunakan pengusung ke helikopter dan tiba di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 4.45 petang,” katanya dihubungi pemberita hari ini.

Mohd. Rizan memberitahu, wanita itu kemudiannya dibawa ke hospital menggunakan ambulans yang sudah menunggu di balai bomba.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI