fbpx

Mimi Lana menangis fikir bagaimana Gaza sambut Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mimi Lana antara selebriti tempatan yang lantang bersuara tentang ketidakadilan yang berlaku di Gaza, Palestin sehingga kini.

PETALING JAYA – Tidak pernah berhenti berdoa, pelakon Mimi Lana menzahirkan rasa simpati terhadap penduduk di Palestin yang masih berdepan dengan peperangan sehingga hari ini.

Lebih membuatkan pemilik nama penuh Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 29, itu sebak ialah memikirkan bagaimana mangsa-mangsa perang tersebut bakal menyambut bulan Ramadan yang akan akan tiba kurang sebulan lagi.

“Bulan Ramadan tak lama lagi. Saya berasa sangat risau, tak berguna dan menangis masih menyaksikan situasi (peperangan) terus berlaku di Palestin.

“Sepertinya tiada istilah rehat daripada pembunuhan beramai-ramai (genocide) di sana,” katanya dalam Instagram hari ini.

Sementara itu dalam perkongsian sama, bintang filem Pusaka itu turut mempersoalkan mengapa Israel masih tidak menerima hukuman meskipun sudah berkali-kali melanggar undang-undang antarabangsa kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai di Palestin.

“Berapa lama dunia akan membiarkan Israel lari bebas selepas banyak kali melanggar undang-undang antarabangsa?

“Tolong terus doakan keselamatan rakyat Palestin. Allahuakhbar,” ujarnya.

Mengikut data, perang di Palestin telah mengorbankan lebih 28,000 orang sejak 7 Oktober tahun lalu.

Mimi Lana antara selebriti tempatan yang lantang bersuara tentang ketidakadilan yang berlaku di Gaza selain Kaka Azraff, Neelofa, Fazura dan ramai lagi sehingga sekarang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI