KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Sri Lanka meninggal dunia dipercayai lemas di Sungai Klang, berhampiran Sunway Putra Mall, di sini, semalam.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 10.06 malam.
Seramai 20 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta BBP Jalan Hang Tuah diarahkan ke lokasi.
Menurut Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafizan Hassan berkata, operasi pencarian mangsa di lokasi sekitar dilakukan menggunakan kayak.
“Operasi ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah malam dan disambung semula pada pukul 9 pagi ini.
“Anggota menjumpai mayat mangsa terapung 100 meter dari lokasi, dengan kedalaman air satu meter di tebing sungai pada pukul 10.08 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya, mayat lelaki berusia 37 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE.