fbpx

KSM dicadang dijenamakan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sim Chee Keong pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia di Putrajaya hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kementerian Sumber Manusia (KSM) dicadang nama akronim baharu yang dilihat lebih dekat dan mesra kepada isu sumber tenaga pekerja di negara ini.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, nama singkatan baharu itu akan dibawa kepada pihak Kabinet untuk kelulusan sebelum diguna pakai secara rasmi.

“Ini antara usaha penjenamaan semula KSM yang bakal disebut sebagai Kesuma bersempena perkataan lama dalam bahasa Melayu yang bererti bunga,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Manusia di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, nama baharu KSM selepas ini akan dikenali sebagai Kesuma dan dipetik daripada suku kata pertama frasa setiap perkataan kementerian itu.

“Penjenamaan KSM itu merupakan antara sasaran 100 hari pentadbiran di kementerian itu.

“Ada banyak lagi program pembaharuan dan penambahbaikan di kementerian ini yang akan saya umum dari masa ke semasa demi nasib pekerja di negara kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI