fbpx

Konsert Ungu Bersama Artis Tanah Air ditunda Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONSERT Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air yang sepatut berlangsung 24 Februari di tunda ke 4 Mei depan.

PETALING JAYA – Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air yang sepatutnya berlangsung pada 24 Februari ini ditunda ke tarikh baharu iaitu 4 Mei depan bagi menghormati kedatangan Ramadan.

Showpro Entertainment Sdn. Bhd. selaku penganjur menerusi kenyataan media, berkata, pihaknya prihatin terhadap sensitiviti masyarakat sekali gus sepakat mengambil keputusan tersebut.

“Tidak ada yang lebih diutamakan penganjur selain menjaga sensitiviti, toleransi demi keharmonian serta menghormati pelbagai kaum dan agama sebagai rakyat Malaysia tercinta.

“Ini juga selepas mengambil kira faktor perkembangan semasa serta menghormati pandangan masyarakat terutama umat Islam yang akan menyambut bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri.

“Paling penting, keputusan penundaan acara ini telah dipersetujui seluruh barisan artis dan pihak terlibat melalui perbincangan yang dilakukan,” kata kenyataan tersebut.

Pihak penganjur turut menukar nama acara itu yang asalnya menggunakan nama Pesta Muzik Kuantan dan disambut baik semua yang berkenaan termasuk artis.

“Keputusan menangguhkan Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air dipersetujui semua dan kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pembeli tiket konsert,” ujarnya.

Konsert tersebut mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya, menggalakkan apresiasi seni serta membantu menjana ekonomi menerusi karnival jualan produk tempatan.

Mengambil lokasi di Stadium Darul Makmur, gabungan seni muzik dan kebudayaan ini secara tidak langsung dikomersialkan sebagai satu tarikan pelancongan ke Kuantan dan daerah lain di Pahang serta negeri Pantai Timur.

Sementara itu, pembeli tiket konsert boleh mengekalkan status pembelian memandangkan perubahan hanya kepada tarikh konsert saja iaitu dari 24 Februari ditunda kepada 4 Mei nanti.

Barisan artis juga dikekalkan termasuk kumpulan terkenal Indonesia, Ungu selain Ara Johari, Naim Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Den Manjo, Eda Ezrin dan Aswad Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI