JAKARTA – Beberapa badan dilantik akan mengadakan ‘quick count’ atau kiraan pantas dalam meramalkan keputusan pilihan raya umum Indonesia (Pemilu 2024) hari ini, lapor saluran berita CNN Indonesia.
Hal ini demikian kerana keputusan rasmi Pemilu 2024 yang berlangsung serentak dengan pilihan raya Presiden (Pilpres 2024) hanya boleh diketahui kira-kira sebulan selepas tempoh mengundi.
Proses mengadakan kiraan pantas dibenarkan dalam undang-undang Indonesia.
Mahkamah Agung Indonesia menetapkan bahawa keputusan itu boleh disiarkan dua jam selepas berakhirnya tempoh mengundi.
Ini bermaksud keputusan kiraan pantas Pemilu 2024 boleh dilihat sekitar pukul 3 petang (waktu tempatan) atau 4 petang (waktu Malaysia).
Tempoh mengundi adalah dari pukul 7 pagi (waktu tempatan) hingga 1 tengah hari (waktu tempatan).
Selepas tempoh mengundi tamat, Kumpulan Pengelola Mengundi (KPPS) akan mengira undian di pusat mengundi (TPS) masing-masing.
Kemudian, undian akan dikira secara berperingkat bermula dari peringkat mukim, daerah/bandar, wilayah dan kebangsaan. – AGENSI