fbpx

Keluarga terkejut ‘mayat’ buka mata sebelum dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita di India 'hidup' kembali sejurus sebelum mayatnya dibakar. - Foto AFP

NEW DELHI – Seorang wanita dari negeri Odisha yang dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran, membuka matanya sejurus sebelum jasadnya dibakar, lapor laman berita Deccan Herald semalam.

Wanita berusia 52 tahun itu dibawa ke sebuah tempat pembakaran mayat, sebelum ‘jasadnya’ bergerak dan mengejutkan ahli keluarganya.

Menurut ahli keluarganya, wanita tersebut mengalami lebih 50 peratus kecederaan melecur dalam insiden kebakaran di rumah pada 1 Februari lalu sebelum dibawa ke sebuah hospital.

Bagaimanapun, apabila pihak hospital merujuk wanita berkenaan ke kemudahan perubatan lain, suaminya membawanya pulang kerana kekurangan wang. 

“Pada Isnin lalu, ketika berada di rumah, dia tidak membuka matanya dan kelihatan tidak bernafas. 

“Kami fikirkan dia telah mati dan memaklumkan kepada orang lain di kawasan itu,” kata suami wanita tersebut, Sibaram Palo.

Tanpa berunding dengan doktor atau cuba mendapatkan sijil kematian, suami wanita tersebut membawa ‘jasadnya’ ke tempat pembakaran mayat berhampiran.

“Kayu api untuk pembakaran hampir siap apabila dia membuka matanya secara tiba-tiba. Kami pada mulanya terkejut.

“Namun, apabila kami mula memanggilnya, dia memberi tindak balas. Ia satu keajaiban,” kata jiran Sibaram, K Chiranjibi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI