fbpx

Dahi anak Aliff Syukri ‘berlubang’ cedera kena bucu tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden tersebut disedari Aliff ketika anak-anak menyambutnya pulang dari kerja.

PETALING JAYA – “Doakan segalanya dipermudahkan.”

Demikian permintaan usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri yang memohon orang ramai mendoakan keselamatan anak bongsunya yang cedera di dahi baru-baru ini.

Insiden tersebut disedari Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, ketika anak-anak menyambutnya pulang dari kerja.

“Nak dijadikan cerita ketika saya balik kerja memang suka rekod video sebab mahu tengok momen mereka datang dan berlari memeluk saya.

“Namun, jadi sebaliknya. Saya terkejut ketika rekod, isteri menjerit di dapur kerana dahi Raudhah berlubang kena bucu tangga.

“Darah memancut macam air paip. Nasib baik tidak kena mata,” katanya menerusi Instagram.

Begitupun, usahawan dan juga penyanyi itu memaklumkan keadaan anaknya, Raudhah Arshiyah agak teruk kerana bahagian yang cedera berhampiran dengan mata.

“Saya dan isteri bergegas bawa Raudhah ke hospital. Waktu itu Allah sahaja tahu betapa takutnya saya.

“Doktor cakap kulit dan juga daging sudah kena dan hampir terkena tulang kepala,” ujarnya.

Berikutan kejadian itu, Aliff turut bertindak menghentikan rakaman lagu raya kerana mahu fokus kepada puteri kesayangannya itu.

“Terus saya hentikan rekod lagu raya. Sepatutnya ada rakaman lagu pada sebelah malam. Mengapa jadi begini ya?” kongsinya.

Berdasarkan pemerhatian, rata-rata rakan selebriti mendoakan kesejahteraan anak bongsu Aliff dan isterinya, Datin Shahida.

Menerusi hantaran Instagram Shahida, Raudhah selamat menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kota Damansara baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI