fbpx

Cuaca panas di Semenanjung catat suhu lebih 35 darjah Celsius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca kering dan panas di Semenanjung berpotensi mencatatkan suhu melebihi 35 darjah Celsius terutama di negeri utara.

Selain itu, cuaca buruk juga berpotensi berlaku di beberapa bahagian negeri Sarawak pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di bahagian tengah dan selatan Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut,” lapor MetMalaysia dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, dalam laporan sama, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang turut berpotensi berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung serta Sabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI