fbpx

Cuaca cerah seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca di negeri Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak pada pagi ini dilihat cerah dan baik ekoran tiada amaran ribut petir dikeluarkan.

Menerusi laporan cuaca di Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang hanya berlaku di beberapa kawasan sekitar Sarawak awal pagi tadi, namun sudah kembali reda pada pukul 9 pagi.

Terdahulu, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac ini.

Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat terutama di utara Semenanjung merangkumi Perak, Pahang dan Kelantan.

Sehubungan itu, Muhammad Helmi menjelaskan, ketiadaan hujan dalam tempoh lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI