fbpx

Cinta Laura pilih Presiden Indonesia dari AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CINTA LAURA

JAUH di New York, Amerika Syarikat (AS) tidak menghalang pelakon dan penyanyi terkenal, Cinta Laura Kiehl untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara dalam Pemilihan Umum (Pemilu) 2024.

Model berdarah campuran Jerman-Indonesia itu mengakui enggan ketinggalan menjadi salah satu suara yang menentukan hala tuju pentadbiran negara tercinta.

Dia turut berkongsi momen itu dalam Instagram selain hadir ke pusat mengundi menggayakan baju lengan rona hitam, skirt jeans labuh serta rambut disanggul ringkas.

Dalam salah satu foto yang dimuat naik, Cinta Laura menunjukkan jarinya yang sudah dicelup dengan dakwat sebagai tanda sudah membuang undi.

“Mengundi di New York, ayuh Indonesia!” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Undi sempena Pemilu 2024 dilaksanakan lebih awal untuk warga negara Indonesia yang tinggal di luar negara, manakala tarikh pengundian sebenar berlangsung pada 14 Februari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI