PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar di Istana Negara.
Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan tersebut turut disertai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa menikmati santapan minum petang bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam. – KOSMO! ONLINE