fbpx

5 bulan tak balik Malaysia, Azhar Sulaiman ‘seru’ Leona pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Leona yang sudah lama tidak pulang ke Malalysia.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Azhar Sulaiman meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sudah lama tidak pulang ke tanah air.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu mengubati perasaan rindu dengan berkongsi sebuah video menunjukkan puteri bongsunya itu sedang mengemas bilik tidur di kediamannya di United Kingdom (UK).

“Daddy rindu awak Leona. Balik untuk Ramadan ini ye. Banyak lagi bazar nak ‘explore’,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Difahamkan Leona, 22, yang melanjutkan pelajaran di luar negara sejak tahun 2022  dan sudah lima bulan tidak pulang ke tanah air.

Kali terakhir pempengaruh media sosial itu balik bercuti di Kuala Lumpur adalah ketika sambutan Hari Malaysia pada September tahun lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat hubungan akrab dua anak-beranak popular berkenaan, namun geli hati dengan pemilihan lagu dibuat Azhar.

Situasi yang sepatutnya mengundang sebak menjadi momen melucukan apabila dia memilih lagu parodi berjudul Malaikat nyanyian asal Hazama.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat bintang filem Keluarga Iskandar The Movie, sekali gus meninggalkan pelbagai komen melucukan.

“Baru nak sedih dah jadi lawak,” tulis seorang netizen.

“Mesti dia balik lepas ni. Rindu nak naik motor pergi bazar Ramadan,” kata pengikut lain.

“Azhar rindu Leona tapi kenapa pakai lagu begitu,” ujar seorang pemilik akaun Instagram.

Pada bulan puasa lalu, Leona sanggup pulang ke tanah air semata-mata teringin menjelajah bazar dengan menaiki motosikal.

Selain Leona, Azhar dan isterinya, Chempaka Emalin Pahamin turut mempunyai anak lelaki yang juga kembar Leona, Andika Rees Pahamin serta seorang lagi puteri, Kasih Leia Ixora.

Andika turut melanjutkan pelajaran di UK, namun berbeza tempat pengajian dengan adiknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI