fbpx

Umpan bangkai anak lembu perangkap harimau kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau kumbang yang ditangkap di Felda Lasah, Sungai Siput, hari ini.

SUNGAI SIPUT – Seekor harimau kumbang betina berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Felda Lasah, di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, perangkap tersebut dipasang sejak semalam, selepas menerima aduan berkaitan anak lembu menjadi mangsa serangan haiwan berkenaan.

“Haiwan itu dipercayai masuk ke dalam perangkap yang diletakkan umpan bangkai anak lembu sekitar pukul 4 pagi tadi.

“Harimau kumbang dianggarkan berusia empat tahun itu disahkan sihat namun mengalami luka di kepala dipercayai akibat melanggar perangkap,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, harimau berkenaan akan dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk rawatan sebelum dilepaskan semula ke habitat asal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI