fbpx

‘Terima kasih akak polis walaupun bukan anak sendiri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota menjaga anak tahanan yang terbabit kes jenayah komersial. Foto: Friends of PDRM

PETALING JAYA – Walaupun bukan darah daging sendiri, namun anggota polis wanita tetap ambil peduli dan menjaga seorang anak tahanan wanita.

Pada malam ini, baru sahaja tular perkongsian gambar di satu kumpulan Facebook, memaparkan satu keping gambar polis wanita menjaga anak tahanan dipercayai terbabit kes jenayah komersial.

Anggota polis itu dilihat berada di hadapan paip air bersama seorang kanak-kanak lelaki tidak berbaju dan berseluar kuning.

Hanya melalui sekeping gambar, ia seolah-olah mampu berbicara sehingga memberi kesan kepada pengguna lain sekali gus mendapat pujian ramai pihak.

“Terima kasih akak polis walaupun bukan anak sendiri.

“Sudah menjadi tanggungjawab kepada anggota balai untuk menyediakan segala kemudahan kepada anak berikutan ibunya telah ditangkap dibawah kesalahan jenayah komersial.

“Kebajikan anak tetap terjaga sebelum dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya.

Menurut perkongsian itu, momen berkenaan berjaya ditangkap ketika berada di balai polis Bentong, Pahang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI