fbpx

Seorang lagi mangsa lemas Sungai Sempit ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba membawa mayat mangsa lemas di Sungai Sempit, Segari. IHSAN JBPM PERAK.

LUMUT – Seorang lagi mangsa lemas di Sungai Sempit, Segari, dikenali sebagai G. Sarath, 16, ditemui tersangkut pada jaring nelayan kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, berkata, mayat mangsa ditemui pada jarak antara 200 hingga 300 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang semalam.

Menurutnya, sehingga kini dua daripada tiga mangsa telah ditemui selepas Chew Darumaraj, 14, ditemui pada pukul 9.05 pagi kirra-kira 500 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Usaha mencari seorang lagi mangsa iaitu T. Eishwarpillai, diteruskan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” jelasnya hari ini.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, ketiga-tiga mangsa bersama dua lagi rakan lain pergi ke lokasi kejadian untuk memancing, sebelum tiga mangsa tersebut mengambil keputusan untuk mandi di sungai tersebut.

Operasi SAR itu dilaksanakan JBPM bersama bantuan daripada agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Persatuan Nelayan Batu 3 Segari yang digerakkan secara bersepadu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI