fbpx

Sempat tolong ibu jual ikan sebelum lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ganesan menunjukkan gambar anak saudaranya dan dua rakannya yang lemas ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Seri Manjung hari ini.

LUMUT – “Semalam dia sempat membantu saya dan ibunya yang juga kakak saya menjual ikan, cuma wajahnya kelihatan agak murung,” kata bapa saudara kepada G. Sharath, 16, yang lemas ketika mandi di Sungai Sempit, Segari, dekat sini semalam.

T. Ganesan, 45, berkata, sejak cuti persekolahan bermula Jumaat lalu, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist (ACS) Sitiawan itu membantu dia dan ibu Sharath, T. Thilagawathy, 46, menjual ikan di Kampung Sitiawan, dari pagi hingga tengah hari.

Bagaimanapun, katanya, semalam Sharath selepas selesai membantu ibunya berniaga dipercayai menaiki motosikal untuk memancing ikan dan mandi di kawasan Damar Laut, Segari bersama empat rakan sekolahnya

Katanya, kira-kira pukul 2.30 petang, dia menerima panggilan telefon daripada ibu mangsa memberitahu anak kedua daripada tiga beradik itu tenggelam di dalam sungai tetapi tidak mengetahui lokasi sebenar kejadian.

“Semalam, saya sempat menasihatkan anak saudara saya itu agar menggunakan masa cuti persekolahan ini untuk aktiviti berfaedah, tidak sangka itu nasihat terakhir saya kepadanya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI