fbpx

Sabah wajar contohi kejayaan Jordan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Sabah turun menjalani latihan di Stadium Campbelltown Sports menjelang aksi separuh akhir Piala AFC menentang Macarthur FC petang ini. – SABAH FC

WAKIL tunggal negara di Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Sabah wajar menjadikan Jordan sebagai contoh terbaik untuk mengejutkan kelab Australia, Macarthur FC pada separuh akhir Zon ­ASEAN di Stadium Campbelltown Sports, New South Wales petang ini.

Seakan tiada pilihan lain, pemain The Rhinos harus menyerlahkan magis tersendiri kerana situasi kedua-dua pasukan jelas berbeza memandangkan saingan Liga Australia masih lagi berjalan berbanding Liga Malaysia (Liga M) yang sudah me­labuhkan tirai.

Pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee berkata, aspek ber­kenaan sedikit sebanyak memberi kelebihan buat Macarthur FC, namun tidak bermakna mereka mahu segera mengaku kalah.

“Liga di sana masih lagi berlangsung dan mereka bermain tanpa henti. Secara tidak langsung dari segi persiapan, ia akan beri kelebihan kepada Macarthur FC untuk hadapi perlawanan ini.

“Kelebihan mereka juga apabila kita kena bermain di tempat lawan. Jadi kami perlu siap sedia dan harapkan prestasi positif bagi memastikan Sabah mampu layak ke peringkat seterusnya,” katanya.

Untuk rekod, selepas mengharungi 17 perlawanan Liga Australia, Macarthur FC kini berada di tangga ketiga, malah sedang berada pada prestasi terbaik apabila kekal tanpa kalah dalam enam aksi terakhir.

Walaupun Australia jelas berada di kedudukan lebih baik dalam ranking dunia, tetapi ia belum menjamin apa-apa di peringkat kelab dan Terengganu pernah menewaskan satu lagi wakil negara itu, Central Coast Mariners 1-0 di peringkat Kumpulan G.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI