fbpx

Pesawat Terhempas: Unit K9 dikerah ke lokasi nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota forensik sedang menjalankan operasi di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Kapar. Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Pasukan Unit Anjing Pengesan (K9) turut digunakan bagi menjalankan siasatan di lokasi sebuah pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini.

Tinjauan Kosmo! mendapati dua kenderan pacuan empat roda dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor tiba di lokasi tersebut, pukul 4.20 petang.

Pusat kawalan operasi turut dibuka oleh polis dan bomba.

Siasatan dan operasi pencarian mangsa masih giat dijalankan setakat ini dengan difahamkan radius pencarian dipercayai melibatkan sejauh satu hingga dua kilometer (km).

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, melibatkan dua mangsa.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pukul 1.28 petang tadi bagi penerbangan rekreasi.

Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1.35 petang. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI