fbpx

Pesawat terhempas: Operasi keluarkan mangsa dijangka ambil masa tiga jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di sekitar lokasi kejadian di Kampung Tok Muda, Kapar. - Foto oleh AFIQ RAZALI

KLANG – Operasi mengeluarkan dua mangsa nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar dijangka mengambil masa kira-kira tiga jam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasukan penyelamat mengalami kesukaran susulan kerangka badan pesawat itu terbenam lebih dua meter.

Katanya, seramai 150 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi tersebut.

“Kesukarannya adalah sebab kita kena gali lebih dua meter dan menggunakan jentera jengkaut daripada pihak berkuasa tempatan.

“Tidak boleh korek sebarangan dan bukan mudah,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian, hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat dan pengecaman sebelum diserahkan kepada waris masing-masing.

Jelas Hussein, siasatan akan dilakukan Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) daripada Kementerian Pengangkutan dengan polis akan membuka kertas inkuiri polis dan siasatan mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI