KLANG- Suasana hujan lebat mengiringi ketibaan mayat dua mangsa nahas sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini malam ini.
Dua trak polis yang membawa dua mayat tersebut tiba kira-kira pukul 8.45 malam ini dengan diiringi beberapa anggota polis trafik.
Kedua-dua mayat tersebut adalah juruterbang pesawat itu, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan pembantunya Roshaan Singh Raina, 42,
Terdahulu, kedua-dua trak polis yang membawa mayat berkenaan dibawa keluar secara berasingan dari lokasi kejadian di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Kapar kira-kira pukul 8.10 malam
Setakat ini, tiada kelibat ahli keluarga dan waris dua mangsa yang berkumpul atau menunggu di unit tersebut ketika ini. – KOSMO! ONLINE