fbpx

Pesawat terhempas: Lebih separuh badan pesawat di dalam tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa peralatan bagi operasi mencari dan menyelamat di kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar. - Foto oleh AFIQ RAZAL

KLANG – “Lebih separuh badan pesawat di dalam tanah”. Demikian kata Jinaidi Nasiran, 55, ketika menceritakan keadaan pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit, Kampung Tok Muda, Kapar di sini.

Menurut beliau, semasa kejadian dia berseorangan di rumahnya dengan beberapa lagi ahli keluarganya di rumah ibunya yang terletak berhampiran lokasi kejadian.

“Masing-masing takut keluar (dari rumah) dan hanya keluar selepas kira-kira tiga orang mengunjungi lokasi kejadian. Serpihan pesawat tersebut juga hanya melanggar celahan dahan kelapa sawit,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Ketika ditanya sama ada mendengar sebarang jeritan meminta bantuan, Jinaidi menjelaskan tidak mendengar perkara sedemikian.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini melibatkan seramai dua mangsa.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pukul 1.28 petang tadi bagi penerbangan rekreasi dan hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada pukul 1.35 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI