KLANG – Identiti dua mangsa yang maut dalam nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini telah dikenal pasti oleh pihak polis.
Mereka ialah top berusia 30 tahun yang merupakan juruterbang pesawat tersebut.
Pembantu juruterbang pula ialah Roshaan Singh Raina yang berusia 42 tahun.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan kedua-dua mangsa yang berada di kerangka utama pesawat terbenam
pada kedalaman kira-kira dua meter pada tanah di kebun tersebut.
Operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa dijangka mengambil masa tiga jam. – KOSMO! ONLINE