fbpx

Pesawat terhempas: Dua dron pantau lokasi kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota unit DRON PGU menerbangkan dron dari kawasan berhampiran lokasi kejadian di Kampung Tok Muda, Kapar. - Foto oleh AFIQ RAZAL

KLANG – Dua dron masing-masing milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor digunakan bagi memantau dan membantu siasatan di lokasi sebuah pesawat ringan yang terhempas di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar di sini.

Tinjauan Kosmo! mendapati anggota Pasukan Gerakan Udara (PGU) mempersiapkan dron tersebut kira-kira pukul 5 petang ini dan sebuah jengkaut turut digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat tersebut.

Setakat pukul 5.10 petang, tiada sebarang mangsa dari pesawat ringan itu dibawa keluar dari lokasi kejadian.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini hari ini melibatkan dua mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI