fbpx

Liga M: Akhyar buru minit permainan bersama TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akhyar bakal menyarung jersi No. 33 bersama TFC musim ini.

PELUANG merebut tempat dalam kesebelasan utama menjadi tarikan utama Akhyar Rashid untuk menyertai Terengganu FC (TFC) musim ini.

Pemain sayap Harimau Malaya itu berkata, keazaman untuk mendapatkan lebih minit permainan mendorongnya ‘beralih angin’ ke Pantai Timur dengan meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman.

Akhyar, 25, juga berharap dapat mengembalikan semula sentuhannya bersama skuad Sang Penyu selepas lebih banyak memanaskan bangku simpanan JDT sepanjang musim lalu.

“Saya melihat TFC sudah kukuh sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan dibarisi majoriti pemain tempatan termasuk tonggak muda yang berpotensi melangkah lebih jauh.

“Sebab itu, saya mahu menyarung jersi hitam putih TFC musim ini bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan dan menimba ilmu bersama pasukan baharu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Akhyar berharap dapat membalas kepercayaan ketua jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner yang bersungguh-sungguh mendapatkan khidmatnya.

Sering dibayangi pemain bertaraf bintang di JDT, Akhyar sekadar beraksi 12 kali dalam Liga Super musim lalu dengan hanya dua daripadanya dalam kesebelasan utama, manakala 10 kali sebagai pemain gantian.

Begitupun di TFC, beliau dijangka menjadi taruhan terbaik di jentera serangan bersama Safawi Rasid yang turut dipinjamkan daripada JDT serta penggempur utama, Ivan Mamut.

Selain Akhyar dan Safawi, TFC sebelum ini turut mengumumkan kehadiran pemain tengah berpengalaman, Akram Mahinan sebagai persiapan menghadapi musim baharu.

Tiga pemain berkenaan antara muka baharu skuad Penyu yang bakal diperkuatkan bek tengah kelahiran Belanda, Matthew Steenvoorden dan bekas penyerang Kelantan FC, Ishmahil Akinade.

TFC melakukan rombakan menggugurkan 12 pemain daripada skuad tahun lalu antaranya kapten, Habib Haroon, Sony Norde, Adisak Kraisorn, Sardor Kulmatov, Omid Nazari dan Liridon Krasniqi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI