fbpx

Jabatan Audit Negara anjur kursus mantapkan Majlis Agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Suraya (tengah) bergambar bersama 70 peserta Kursus Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam yang berlangsung di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

PETALING JAYA – Jabatan Audit Negara (JAN) menganjurkan Kursus Pemantapan Penyata Kewangan Majlis Agama Islam dengan objektif untuk memberikan pendedahan tentang ciri-ciri penyata kewangan yang teratur kepada para peserta.

Kursus yang berlangsung di Akademi Audit Negara, Bandar Enstek, Negeri Sembilan itu disertai seramai 70 peserta yang merupakan kakitangan Majlis Agama Islam serta agensi berkaitan pengurusan baitulmal, zakat dan wakaf.

Selain itu, kursus tersebut juga diharapkan dapat menjadi platform perbincangan dalam usaha mengurangkan isu berkaitan pengurusan kewangan dan penyediaan penyata kewangan yang dibangkitkan semasa pengauditan.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, JAN memainkan peranan penting sebagai ‘check and balance’ untuk meningkatkan ketelusan pengurusan zakat dan keyakinan pemegang taruh terutamanya pembayar zakat.

Tambah beliau, sebanyak lapan Majlis Agama Islam telah diberikan Sijil Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan Tahun 2022.

Kursus yang berlangsung selama tiga hari tersebut merangkumi pelbagai topik, antaranya Pengenalan kepada Piawaian Perakaunan bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf (PPIBZW) dan Panduan Penyediaan Penyata Kewangan yang Teratur.

Turut dibincangkan adalah topik berkaitan perakaunan dan isu pengauditan bagi kutipan dan agihan zakat, aset wakaf dan harta faraid serta kupasan berkaitan pengurusan dan sistem kewangan berkaitan pengurusan dan sistem kewangan Majlis Agama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI