fbpx

Gadis dikurung teman lelaki kerana minta putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Korea Selatan melakukan siasatan terhadap seorang pemuda kerana disyaki mengurung kekasihnya di Seoul, Khamis lalu. - Herald DB

SEOUL – Polis Korea Selatan menyiasat seorang lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki mengurung dan mengancam untuk mencederakan teman wanitanya selepas mangsa meminta untuk memutuskan hubungan.

Akhbar The Korean Herald melaporkan, suspek mengurung mangsa di rumahnya di Gwanak-gu, Seoul antara pukul 1 petang hingga 8 malam (waktu tempatan) pada Khamis lalu.

Kejadian bermula apabila pemuda tersebut menjadi marah dan bertindak ganas dengan melempar botol arak ke arah mangsa.

Dia kemudian mengancam untuk mencederakan mangsa menggunakan sebilah pisau selepas gadis tersebut menyuarakan hasrat untuk menamatkan hubungan mereka.

Seorang individu yang melalui kawasan kediaman tersebut berasa curiga melihatkan tingkah laku suspek sebelum bertindak menghubungi polis.

Penyiasat mendapati bahawa suspek telah mengganggu mangsa secara psikologi sepanjang tiga bulan mereka menjalinkan hubungan.

Dia kini disiasat kerana mengurung mangsa dan mengancamnya menggunakan senjata. – AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI