fbpx

El Nino tidak jejas sumber bekalan negara – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kiri) ketika meninjau proses keropok lekor di House & Industri Sdn. Bhd. di Seksyen 27 Shah Alam. Foto M. FIRDAUS M. JOHARI

SHAH ALAM – Fenomena El Nino yang dijangka melanda negara sehingga Jun depan tidak menjejaskan sumber makanan bekalan negara, setakat ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, cuaca panas berpanjangan itu tidak mempengaruhi bekalan daripada petani, penternak dan nelayan.

Jelas beliau, pemerhatian pihaknya mendapati sumber bekalan ketika ini masih mencukupi biarpun fenomena itu diramal lebih kritikal pada tahun depan.

“Kementerian sememangnya ada menerima aduan biasa contohnya daripada petani tetapi ia melibatkan masalah alat timbangan, namun insya-Allah sumber bekalan makanan masih terjamin dan mencukupi,” katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Keropok House & Industry Sdn. Bhd. di Seksyen 27, di sini hari ini.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, El Nino dengan intensiti kuat yang sedang melanda dunia ketika ini dijangka berterusan hingga pertengahan tahun ini.

Menurut Mohamad Sabu, semua penternak, petani dan nelayan bagaimanapun diminta supaya ‘sediakan payung sebelum hujan’ dengan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan (KKM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI