fbpx

BATC: Malaysia mudah benam cabaran Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EOGENE memastikan mata ketiga buat Malaysia ketika bertemu Brunei pada saingan BATC selepas menewaskan Mattew 21-8, 21-4. - Amir Khalid

SHAH ALAM – Seperti dijangka, skuad badminton lelaki negara tidak berdepan sebarang masalah untuk menewaskan Brunei 5-0 bagi meraih kemenangan pertama pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Selangor.

Pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) sebentar tadi, Malaysia meraih mata pertama menerusi perseorangan lelaki, Ng Tze Yong yang menewaskan Kan Kah Kit 21-7, 21-11.

Rentak kemenangan itu diteruskan dua lagi perseorangan lelaki, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe yang mencatat kemenangan mudah ke atas lawan masing-masing bagi meletakkan Malaysia 3-0 di depan.

Jun Hao yang disenaraikan saat akhir bagi menggantikan Justin Hoh yang mengalami kecederaan hanya memerlukan 19 minit sebelum menewaskan Marhanif Ali 21-5, 21-6 manakala Eogene menang 21-8, 21-4 ke atas Mattew Minggat.

Mata keempat pasukan negara disumbangkan beregu lelaki, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri yang melakukan penampilan sulung pada kejohanan itu apabila menewaskan Marhanif-Haziq Rose 21-5, 21-12.

Kemudian, gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memastikan mata kelima Malaysia apabila mencatat kemenangan 21-9, 21-7 ke atas Mattew-Mohamad Iqbal Asyraf Mohammad.

Menjelang perlawanan kedua esok, Malaysia akan mengesahkan slot ke suku akhir sekiranya menewaskan Kazakhstan sebelum membuat perhitungan menentang Taiwan yang dianggap sebagai aksi penentuan juara kumpulan Khamis nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI