fbpx

‘Andai berjodoh semula dengan Mawar, itu semua kerja Tuhan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raf (kiri) berkata, hubungannya dengan bekas isteri, Mawar Rashid tetap baik walaupun sudah berpisah.

PETALING JAYA – “Saya tiada pihak ketiga, begitu juga dengan bekas isteri.”

Demikian kata bekas suami kepada pelakon Mawar Rashid iaitu Raf Yaakob yang memberitahu bahawa perceraiannya dengan bekas isteri bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob ketika ditemu bual dalam program hiburan berkata, hubungannya dengan bekas isteri juga berada dalam keadaan baik, walaupun mereka kini bukan lagi pasangan suami isteri.

“Alhamdulillah, hubungan saya dengan bekas isteri baik-baik sahaja. Selepas bercerai, tiada siapa yang keluarkan sebarangan kenyataan.

“Saya ingin terangkan di sini bahawa, perceraian kami bukanlah disebabkan oleh pihak ketiga. Saya tiada orang ketiga dan begitu juga dengan bekas isteri saya.

“Allah dah kata jodoh kami setakat ini sahaja, jadi saya reda dan menerima ujian ini dengan hati terbuka,” katanya.

Selepas berpisah, Raf yang juga adik kepada cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob memberitahu, dia dan juga Mawar kini fokus untuk menjaga hubungan baik mereka demi kebahagiaan anak-anak.

“Selepas bercerai, tiada sebarang pergaduhan melibatkan anak-anak. Kami berdua sangat fleksibel apabila melibatkan mereka (anak-anak).

“Itulah tanggungjawab kami untuk membesarkan anak-anak dalam keadaan yang bahagia.

“Alhamdulillah, setakat ini kami sangat positif dengan anak-anak dan insya-Allah, mereka tidak akan terkesan dengan apa yang berlaku di antara saya dan Mawar,” ujarnya.

Ketika disoal tentang jodoh pada masa hadapan, lelaki berusia 39 tahun itu hanya berserah pada Allah SWT dan tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh semula dengan bekas isteri.

“Soal jodoh ini semuanya ketentuan Allah dan apa yang saya boleh cakap ialah saya akan sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik-baik.

“Kalau Allah kata saya akan dijodohkan semula dengan dia (Mawar), maka dialah orangnya. Namun jika Allah kata bukan, maka bukanlah dengan dia.

“Apa yang penting sekarang ini, saya mahu fokus untuk mencari nafkah buat anak-anak dan perbaiki diri saya sendiri,” jelasnya.

Terdahulu, Raf dan Mawar mengesahkan mereka sudah bercerai selepas hampir tujuh tahun berkahwin pada November tahun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1.

Raf juga memiliki dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI