fbpx

Aksi cium Hrithik, Deepika cetus kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADEGAN bercium Hrithik Roshan dan Deepika Padukone dalam filem Fighter dikutuk memalukan.

ADEGAN berkucupan dalam filem Fighter antara dua pelakon sensasi, Hrithik Roshan dan Deepika Padukone mengundang kecaman ramai.

Dianggap melampau dan melanggar sensitiviti awam, babak mendebarkan dalam naskhah tersebut tular dalam media sosial.

Beberapa hari lalu, seorang anggota Angkatan Udara India (IAF) membuat laporan polis terhadap pembikin filem tersebut disebabkan babak terbabit.

Hrithik dan Deepika berperanan sebagai perwira IAF, sekali gus dianggap sesuatu yang mencemarkan seragam dihormati itu.

Anggota yang membuat aduan itu berpendapat, babak ciuman dalam persalinan seragam sebagai memalukan pasukan keselamatan negara.

Begitupun, sutradara Siddharth Anand mengatakan pihaknya telah meminta pandangan pelbagai pihak sebelum menerbitkan naskhah terbaik.

“IAF juga antara rakan kerjasama dalam filem ini dan melalui prosedur yang sangat teliti bermula skrip sehingga kepada kerja penerbitan.

“Setakat ini Fighter juga lulus tapisan daripada badan penapisan wajib, sekali gus menunjukkan tiada isu memalukan atau sebagainya,” ulasnya.

Ini bukan kali pertama Hrithik berdepan kontroversi membabitkan adegan ciuman.

Dalam Dhoom 2 yang diterbitkan pada tahun 2006, dia dikecam ramai kerana bercium penuh ghairah dengan Aishwarya Rai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI