PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri kereta bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk santapan minum petang di ibu negara, hari ini.
Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa bersama Anwar selepas sesi menyembah maklum berhubung urusan kertas-kertas Kabinet di Istana Negara.
“Usai sesi tersebut, Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa saya untuk santai minum petang di ibu kota.
“Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda dan saya turut meluangkan masa menyaksikan persembahan tarian singa bersempena perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE