fbpx

Tiga remaja dipercayai lemas ketika mandi, memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi tiga remaja dipercayai lemas di Sungai Sempit, Segari di Manjung hari ini. - Foto IHSAN JBPM

MANJUNG – Tiga remaja lelaki dipercayai lemas ketika mandi-manda dan memancing di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu, Segari di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.26 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, tiga mangsa dipercayai lemas semasa memancing dan mandi di Sungai Sempit.

“Ketua operasi membuat ‘size up’ seterusnya melaksanakan operasi pencarian di permukaan air. Bacaan air adalah 2.37 meter iaitu air pasang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dua daripada mangsa berusia 16 tahun, manakala seorang lagi berusia 14 tahun.

Tambah beliau, antara masalah dihadapi pihaknya adalah lokasi kejadian berada di kawasan ladang sawit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI