fbpx

Tiga bot penumpang langgar syarat lesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara bot penumpang yang ditahan kerana melanggar syarat sah lesen di perairan Negeri Sembilan petang tadi. IHSAN MARITIM MALAYSIA

PORT DICKSON – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga bot penumpang kerana melanggar syarat sah lesen di perairan Negeri Sembilan, di sini, petang tadi.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd. Khairi Abd Aziz berkata, penahanan itu dibuat semasa anggotanya sedang melakukan pemeriksaan rutin ke atas beberapa buah bot di kawasan peranginan tersebut.

Menurutnya, kesemua bot ditahan di kedudukan 0.1 batu nautika tenggara Pulau Terumbu, 0.1 batu nautika barat laut Tanjung Tuan dan 0.3 batu nautika barat Pantai Port Dickson.

“Bot seterusnya di bawa ke jeti Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat dan kes ini akan disiasat di bawah akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI