fbpx

Terdapat kegagalan sistem kebakaran di tingkat 17 Flat Sri Sabah – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam unit rumah di blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras terbakar malam ini.

KUALA LUMPUR – Kegagalan sistem pemadaman di tingkat 17 Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras menyebabkan kesukaran pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) memadamkan kebakaran dengan lebih awal.

Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nordin Pauzi berkata, pihaknya terpaksa menggunakan pam air untuk diletakkan di tingkat 16 sebelum memadamkan kebakaran itu.

“Rumah ini ada sistem pemadaman kebakaran (hos pemadam api), tetapi tidak berfungsi sepenuhnya malam ini. Jadi pihak bomba terpaksa menggunakan kelengkapan sedia ada untuk membawa air ke ke tingkat paling atas.

“Jadi kita bawa ‘relay pump’ dan letak di tingkat 16. Apabila pam dan tekanan air baik, proses pemadam berjalan lancar,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada pukul 9.19 malam sebelum pegawai daripada empat balai bomba terdekat digerakkan bagi membantu memadamkan kebakaran.

Kata beliau, pihaknya turut menggerak empat jentera dengan kekuatan 55 pegawai bomba dibantu 39 anggota agensi lain bagi membantu operasi ini.

“Kebakaran hanya berlaku di tingkat 17 sayap kanan banggunan. Satu tingkat mempunyai enam unit rumah, tetapi lima unit sahaja terlibat. Dua unit rumah kosong dan kesemua mangsa selamat.

“Api berjaya dipadamkan pukul 11.22 malam, dijangkakan dalam pukul 2 pagi nanti kita akan benarkan semua penghuni balik ke rumah masing-masing di blok 70 ini,” ujar beliau.

Tambah Pauzi, susulan kebakaran itu pihaknya menjangkakan penduduk bakal menghadapi gangguan air susulan kebakaran tersebut namun bekalan elektrik setakat ini tiada masalah.

“Punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan setakat ini tiada mangsa yang tercederan dalam insiden ini.

Jelas beliau, mangsa yang terlibat akan diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan dibenarkan ke penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Cheras. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI