fbpx

Tambang bas dua hala Gopeng-Johor Bahru RM862

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri membayar tambang bas ekspres RM862 bagi perjalanan dua hala antara Johor Bahru dan Gopeng di Perak sempena cuti Tahun Baru Cina.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pengangkutan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat bas ekspres yang mengenakan tambang tinggi sehingga RM862 bagi perjalanan dua hala Gopeng, Perak dan Johor Bahru.

Pegawai Pendidikan Kanan CAP, N.V Subbarow berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang pengguna selepas dia dan isterinya membayar tambang mahal dengan nilai berbeza bagi dua perkhidmatan bas sempena cuti Tahun Baru Cina.

Menurutnya, tambang bagi perjalanan dua hala yang dikenakan antara 270 peratus dan 344 peratus berbanding harga biasa RM70 seorang.

“Pengguna terbabit mendakwa tiket bas itu dibeli secara dalam talian pada bulan lalu sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

“Dia (pengguna) dikenakan caj RM190 dari Johor Bahru ke Gopeng. Dia berlepas pada 9 Februari (Jumaat) dan membayar RM 241.00 seorang untuk perjalanan pulang dari Gopeng ke Johor Bahru hari ini.

“Bagaimanapun, jumlah keseluruhan yang dibayarnya bagi perjalanan dua hala bersama isterinya adalah RM862,” katanya di sini.

Resit yang memaparkan caj dikenakan kepada pengguna yang menaiki bas ekspres dari Johor Bahru ke Gopeng.

CAP menyifatkan perkara tersebut adalah satu eksploitasi kepada pengguna.

“Sungguh terkejut dan kecewa apabila ada syarikat bas ekspres yang mengenakan caj berlebihan kepada penumpang semasa musim perayaan.

“Beberapa syarikat bas ekspres memperoleh wang besar (keuntungan) daripada pengguna atas nama perayaan. Kebanyakan orang yang menaiki bas ekspres adalah daripada kumpulan B40,” katanya.

Oleh itu, Kementerian Pengangkutan disaran supaya menyediakan kaunter aduan untuk penumpang bas yang dieksploitasi oleh syarikat sepanjang musim perayaan ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI