fbpx

Pulau Pinang kekal teratas pengeksport utama negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Fuzi (tengah) hadir ke Majlis Makan Tengahari Persatuan Kebajikan 88 Kapten Pulau Pinang di George Town, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

GEORGE TOWN – Pulau Pinang berjaya mengekalkan kedudukan teratas sebagai pengeksport utama negara setakat Disember tahun lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, walaupun merupakan negeri kedua terkecil di Malaysia, Pulau Pinang secara konsisten berada di kedudukan tiga teratas dalam sumbangan ekonomi, pertumbuhan dan tarikan pelaburan ke negara ini.

“Malah, jumlah itu amat memberangsangkan kerana kami berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pengeksport utama negara pada Disember tahun lalu.

“Lima negeri mendominasi eksport negara yang menyumbang sebanyak 81 peratus dan saya gembira Pulau Pinang berada pada kedudukan nombor satu dengan RM37.3 bilion,” katanya dalam ucapan sempena majlis makan tengah hari sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Kebajikan 88 Kapten di sini, hari ini.

Menurut Kon Yeow, Pulau Pinang berada pada landasan tepat untuk mencatat satu lagi tahun yang hebat dalam pelaburan pembuatan yang diluluskan.

“Suku ketiga tahun lalu (Januari hingga September) menunjukkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) pembuatan diluluskan berjumlah RM35.8 bilion, iaitu peningkatan enam kali ganda untuk perbandingan tahun ke tahun.

“Pulau Pinang sekali lagi menunjukkan peranan utama sebagai penyumbang FDI pembuatan utama di Malaysia dengan menguasai 42 peratus FDI pembuatan negara untuk tempoh yang sama,” katanya.

Tambahnya, antara negara yang mempunyai FDI pembuatan terbaik di Pulau Pinang adalah Belanda, Amerika Syarikat (AS) dan Singapura, malah negara itu menyumbang 95 peratus kepada pelaburan pembuatan yang diluluskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI