fbpx

Pemancing jumpa mayat terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Simpang Kiri di Kampung Parit Kasim, Tongkang Pechah Batu Pahat pagi tadi.

BATU PAHAT – Mayat lelaki ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Simpang Kiri, Parit Kasim Laut, Tongkang Pechah di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, seorang pemancing memaklumkan penemuan itu kepada anggota Balai Polis Tongkang Pechah pada pukul 11.30 pagi.

“Mayat itu hanyut ke arah Parit Sulong kerana keadaan air laut pasang ketika itu.

“Dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram mayat tersebut dijumpai pada pukul 12.40 tengah hari di Simpang Kiri, Kampung Parit Mantan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu lengkap berseluar panjang bewarna hitam dan baju warna hijau, namun identitinya masih belum dikenal pasti.

Siasatan awal tidak menemukan sebarang kecederaan luaran pada tubuh si mati dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk dibedah siasat

Sementara itu, Komander Operasi BBP Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tersebut pada pukul 12.41 tengah hari.

“Setibanya di lokasi pihak kami menemukan mayat lelaki dan menggunakan bot fiber untuk mengambil lelaki tersebut,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI