fbpx

Nampak ‘last seen’ WhatsApp isteri pun dah lega – Nadir Al-Nuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nadir Al-Nuri.

PETALING JAYA – “Harapan besar mereka masih bernyawa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berhubung kebimbangannya terhadap isteri dan anak-anaknya yang kini berlindung di Rafah, Palestin.

Menurutnya, setiap hari beliau memantau aplikasi WhatsApp dan akan berasa sedikit lega apabila terpapar status ‘kali terakhir dilihat’ atau ‘last seen’ isterinya yang menunjukkan waktu terkini.

“Besarnya nikmat ‘last seen’. Kadang-kadang kita pantau kan bila orang rumah kita kali terakhir ‘online’. Anak-anak kita ‘last seen’ bila pada waktu malam. Nak tengok kenapa ‘blue tick’ je atau anak dah tutup lampu bilik untuk tidur, tapi masih ‘online’ ke?

“Semalam berlaku pengeboman yang sangat dahsyat di Rafah, tempat keluarga berlindung. Macam-macam benda saya mimpi.

“Pagi ni, walaupun WhatsApp baru satu ‘tick’, tapi sekurang-kurangnya nampak ‘last seen’ tu baru tadi, lega sikit. Besarnya hadiah melihat WhatsApp mereka masih menyala,” katanya pada hantaran di Facebook hari ini.

Muhammad Nadir Al-Nuri berkongsi status terkini aplikasi WhatsApp isterinya yang berada di Rafah hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Nadir Al-Nuri turut mengajak rakyat Malaysia untuk terus berdoa ke atas kesejahteraan rakyat Palestin yang berterusan menjadi mangsa kekejaman Zionis Israel.

“Doakan kalau penjajah masuk melalui jalan darat, saya tak kehilangan semuanya. Ya Allah jangan uji kami dengan apa yang tak mampu kami hadapi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI