fbpx

MOSAR selamatkan pendaki warga China cedera terjatuh Gunung Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan kaedah ‘Piggyback Carry’ oleh pasukan MOSAR, Malim Gunung dan ParkSAR.

RANAU – Seorang pendaki warga China diselamatkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) selepas mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika turun dari puncak gunung di kawasan kilometer 7.5 hari ini.

Lelaki berusia 43 tahun itu dilaporkan mengalami pendarahan di kepala dan telinga selepas terhempas di bahagian belakang kepala mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Penolong Penguasa Bomba, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.35 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 14 anggota dan pegawai termasuk MOSAR serta Malim Gunung dan anggota ParkSAR dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, pasukan penyelamat terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa diberi rawatan awal dengan membalut luka di bahagian kepala. Mangsa kemudiannya dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan kaedah ‘Piggyback Carry’ oleh pasukan MOSAR, Malim Gunung dan ParkSAR,” katanya ketika dihubung hari ini.

Tambahnya, sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut sebelum operasi tamat pada pukul 1.35 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI