fbpx

Luahan pembaca: Terima kasih staf JPN Hentian Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Urusan membuat dokumen berkaitan kelahiran dan kematian perlu dilakukan di JPN. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini saya membawa anak untuk membuat MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Hentian Kajang.

Namun kegirangan anak untuk memiliki kad pengenalan terbantut selepas staf wanita di situ mengesan kesilapan dilakukan oleh kakitangan cawangan lain ketika saya mendaftarkan kelahirannya pada 2012.

Kesilapannya ialah salah kod negeri apabila ditulis sebagai 10 sedangkan anak saya dilahirkan di Kuala Lumpur yang sepatutnya diletakkan angka 14.

Selama 12 tahun anak saya menggunakan nombor itu untuk pelbagai urusan seperti sekolah, akaun Tabung Haji dan lain-lain.

Urusan pada hari itu terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Segalanya terlerai apabila saya menerima panggilan daripada staf berkenaan pada minggu berikutnya mengatakan memang berlaku kesilapan dan boleh datang semula untuk membuat MyKad selepas diperbetulkan.

Terima kasih kepada staf berkenaan yang cekap mengesan kesilapan selama 12 tahun tersebut.

Diharap staf JPN membuat semakan dengan teliti terutama melibatkan kelahiran di kawasan yang terletak di sempadan negeri seperti Kuala Lumpur dan Ampang kerana kesilapan yang kecil itu boleh mengakibatkan kesan besar.

ANTI SILAP,
Kota Warisan, Sepang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI