fbpx

Luahan pembaca: Nasihat jangan sampai orang meluat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu tunggal akan melakukan sehabis baik untuk membesarkan anak-anaknya. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Sebagai ibu tunggal saya rasa terpanggil untuk meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.

Kalau sudah hidup bergelar janda, sudah tentu segala perbelanjaan untuk keluarga terletak pada bahu sendiri.

Sesusah manapun hidup, perut anak-anak perlu diisi kerana tidak mahu melihat mereka kelaparan.

Catu mana yang patut, pakai mana yang ada. Apa yang jadi tidak seronok apabila ada mulut-mulut orang yang tidak pernah merasa susah, menasihatkan kita supaya berjimat cermat dan kena pandai menyimpan.

Kalau yang bercakap itu sama taraf dengan kita tidak mengapa, ini mereka tidak pernah merasa susah dan hidup lengkap dengan suami yang bekerjaya.

Ujian hidup orang tidak sama dan memang kalau boleh kita hendak melakukan yang terbaik untuk diri dan keluarga. Hentikan beri nasihat yang buat orang meluat tetapi berilah semangat dan jalan untuk mengatasi masalah sedia ada.

Duit ada menggunung pun, kalau ujian sudah datang dalam sekelip mata ia boleh berubah dan ketika itu baru tahu langit itu tinggi atau rendah.

ANTI NARSISISTIK,
Ampang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI