fbpx

Hampir 205 juta rakyat Indonesia mengundi Rabu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRABOWO (tengah) menghadiri kempen di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta kelmarin. – AFP

JAKARTA – Rakyat Indonesia keluar mengundi dalam pilihan raya Presiden (pilpres) Rabu ini dengan Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto jelas calon pilihan utama selepas beliau berikrar meneruskan era popular Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang akan berundur.

Bekas Jeneral Tentera Nasional Indonesia (TNI) itu tewas kepada Jokowi dalam pilpres pada 2014 dan 2019 tetapi berada di laluan untuk akhirnya menerajui negara demokrasi ketiga terbesar di dunia tersebut.

Berdasarkan perlembagaan Indonesia, Jokowi dilarang bertanding untuk penggal ketiga tetapi beliau berada di kemuncak populariti pada tahun lalu apabila beberapa tinjauan pendapat menunjukkan Jokowi akan menang sekali lagi sekiranya bertanding dalam Pilpres 2024.

Jokowi kini memainkan peranan ‘king maker’ untuk Prabowo dan anak lelaki sulungnya yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden Indonesia sebagai regu Prabowo.

Tinjauan pendapat meramalkan Prabowo akan mendapat kemenangan majoriti daripada hampir 205 juta rakyat Indonesia yang mengundi di lebih 800,000 pusat membuang undi di seluruh negara kepulauan itu.

“Apa yang saya suka (tentang Prabowo)? Kegigihannya. Bagi saya beliau mengambil berat rakyat,” kata suri rumah tangga berusia 51 tahun, Wilhelmina di Jakarta.

Pencabar calon berusia 72 tahun itu ialah bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan dan bekas gabenor wilayah Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.

Pengundian akan bermula seawal pukul 7 pagi (waktu tempatan) pada Rabu ini di wilayah paling timur, Papua dan berakhir 1 tengah hari di kawasan paling barat, Pulau Sumatera.

Prosedur selepas pilihan raya yang dikenali sebagai ‘kiraan cepat’ dijangka memberikan petunjuk hampir tepat siapa pemenang Pilpres 2024. Ini kerana keputusan rasmi hanya akan diketahui pada bulan depan.

Prabowo sebelum ini berkata bahawa beliau mahu merealisasikan usaha Jokowi untuk menukar Indonesia menjadi sebuah negara maju lagi makmur. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI