fbpx

Hadiri konsert UK’Slam, memang saya anak kampung! – Uyaina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uyaina tak kisah dilabel 'anak kampung' hanya kerana menyokong konsert artis tempatan seperti UK'Slam.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad tidak berkecil hati apabila dicop sebagai anak kampung selepas menghadiri konsert band lama, UK’Slam pada awal Februari lalu.

Pemilik nama sebenar Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berbangga diberi gelaran itu kerana menganggap dirinya sebagai anak desa yang dilahirkan di Perak.

“Dia hina saya anak kampung pergi konsert UK’Slam. Memang saya anak kampung dan berasal dari Kuala Kangsar.

“Saya tak rasa perkara itu satu masalah dan memalukan pun malah, berbangga mengaku saya anak kampung,” katanya dalam temu bual bersama media.

Dalam masa sama, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu turut menjelaskan kehadirannya ke konsert UK’Slam adalah sebagai tanda sokongan buat penyanyi tempatan.

“Kalau pergi konsert artis tempatan tiada kelas? Bagi saya kalau kita tak sokong penggiat tempatan, siapa lagi nak sokong?

“Kalau konsert Korea dan AS (Amerika Syarikat) semua boleh pergi, tak mungkin dari Malaysia kita tidak boleh pergi” jelasnya.

Sementara itu, Uyaina juga memohon orang ramai menjaga pertuturan yang boleh menyakiti hati segelintir pihak lain.

“Kadang-kadang apa yang kita cakap boleh beri kesan kepada orang lain.

“Kalau selalu cakap benda jahat, pasti orang itu akan rasa kurang semangat.

“Berdiam lebih baik kalau tiada apa yang ingin cakap,” tuturnya.

Pada 3 Februari lalu, Uyaina menghadiri konsert UK’Slam Musical di Stadium Malawati Shah Alam bersama suaminya dan rakan-rakannya.

Bagaimanapun, ada individu yang melabel pengacara Wanita Hari Ini itu sebagai ‘kampung’ kerana menghadiri konsert tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI