fbpx

600 kakitangan MBJB cemas terima emel ancaman bom palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAKITANGAN MBJB berkumpul di luar bangunan apabila menerima panggilan ancaman bom di Menara MBJB, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai kira-kira 600 kakitangan yang bertugas di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini cemas apabila menerima kiriman e-mel berkaitan ancaman bom hari ini.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Noorazam Osman berkata, emel yang dihantar pada pukul 5.44 pagi tadi melalui email am MBJB sebelum dibaca oleh pegawai bertugas pada pukul 10 pagi.

“Dalam kiriman emel am itu terdapat ancaman-ancaman yang akan berlaku pada hari ini. Saya tidak mengambil ringan hal ini dan telah menghubungi pihak polis dan menyerahkan pihak polis untuk buat siasatan dalam perkara ini,” katanya kepada pemberita di Menara MBJB.

Menurut Noorazam, semua kakitangan diarahkan mengambil langkah berjaga-jaga dan diarahkan turun ke tempat berkumpul di luar bangunan dan menutup taska.

“Saya berharap tidak ada yang buat spekulasi dan yang paling penting kita menjaga setiap kakitangan MBJB,” ujarnya.

Lebih 600 pekerja diarahkan turun dan berkumpul di kawasan lapang di luar bangunan.

Setelah pemeriksaan menyeluruh dilakukan oleh Unit Pemusnah Bom PDRM, semua kakitangan kemudian dibenarkan memasuki pejabat pada pukul 2.05 petang setelah keadaan terjamin selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI