PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan sesak dan perlahan menghala ke ibu negara ekoran kemalangan.
Menurut laporan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), trafik perlahan bermula dari Nilai ke Bandar Ainsdale berikutan kemalangan di KM281.2.
Bagi arah selatan, kemalangan di lorong tengah dan kanan di Seremban menyebabkan trafik sesak sepanjang tujuh kilometer dari Senawang ke Pedang Linggi.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) LLM mendapati keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur masih lancar dan terkawal bagi kedua-dua arah. – KOSMO! ONLINE