fbpx

Penyokong pelaku maksiat kena taubat – Mufti P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Salim.

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor menasihatkan umat Islam yang terlalu obses atau fanatik dengan pelaku-pelaku maksiat supaya berhenti berbuat demikian dan bertaubat kepada Allah SWT.

Wan Salim berkata, para ulama berpandangan tidak harus bagi seorang Muslim bersahabat atau bergaul dengan pelaku maksiat yang degil dengan maksiatnya.

”Bergaul mesra dengan pelaku maksiat menunjukkan bahawa seseorang itu reda dengan maksiat, sedangkan reda dengan maksiat adalah maksiat juga.

“Ingatlah firman Allah di dalam al-Quran: “Dan janganlah kamu cenderung hati kepada orang-orang zalim maka (menyebabkan) kamu disentuh api neraka (Surah Hud: 113),” katanya di sini, hari ini.

Wan Salim mengulas mengenai video tular pertemuan dengan Hot Daddy Ash atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dengan beberapa orang awam.

Difahamkan, Hot Daddy Ash didakwa datang sebagai tetamu jemputan bagi memeriahkan sebuah acara dan dia dilayan seolah-olah artis terkenal hingga ramai yang menyapa mesra dan mahu bergambar untuk kenangan.

Hot Daddy Ash ditangkap polis pada 19 Januari lalu selepas kegiatannya merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucahnya bersama lebih 20 wanita, termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks dibongkar.

Menurut Wan Salim, umat Islam seharusnya bergaul dan bersahabat dengan golongan yang baik atau soleh yang boleh membantu seseorang menjalani kehidupan yang baik dan bermanfaat di dunia dan akhirat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI